Duit Isteri VS Duit Suami

Topik MHI hari ini memang menarik, cerita pasal duit! Haha! Siapa tak suka duit kan? Hari ini Ustazah Siti Norbayah gave some tips utk kebahagian rumahtangga. Suami & isteri perlu mempunyai sifat-sifat berikut supaya rumahtangga bahagia.

s-sabar
u-usaha (cth: usaha supaya ekonomi rumahtangga jadi lebih kukuh)
a-amanah (isteri merupakan amanah suami)
m- (errr terlupalah.. memahami kot? :p)
i-ikhlas

i-idaman (jadilah isteri idaman suami)
s-sayang (isteri mana tak sayang suami oiii :D)
t-tolak ansur
e-elakkan (from hurting your spouse’s maruah)
r-rajin
i-istiqamah

Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah, isteri hanya membantu. Zaman sekarang majoriti isteri keluar mencari nafkah untuk membantu suami. Awas isteri-isteri sekalian! Jangan terlalu berkorban untuk suami sampai anda sendiri terkorban!

DUIT ISTERI ADALAH HAK MUTLAK ISTERI. Kalau isteri ingin membelanjakan duit gajinya, dia boleh berbuat demikian tanpa meminta izin suami. Akan tetapi, seandainya suami melarang juga di atas sebab seperti pembelian isterinya merupakan suatu pembaziran, isteri wajib mentaati suaminya.

Seandainya isteri membantu meringankan beban suami, suami jgnlah pula mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri. Ketahuilah para suami sekalian bahawa bantuan dari isteri itu merupakan satu sedekah. Jangan aniaya isteri dgn memgambil semua wang gajinya demi kepentingan sendiri. Seandainya anda rasa ekonomi rumahtangga tidak kukuh, anda haruslah berusaha dgn lebih gigih, bukan menganiaya isteri.

Banyak rumahtangga berantakan kerana duit. Mungkin kerana suami tidak mampu utk memenuhi kehendak isteri yg kuat berbelanja, mungkin juga kerana isteri rasa tertekan kerana most of her salary dihabiskan utk keluarga, tidak ada utk dirinya sendiri. Perkara seperti ini boleh dielakkan dengan berkomunikasi melalui perbincangan. Perkara “duit” perlu dibincangkan pada awal-awal perkahwinan. Kalau diikutkan, sepatutnya contribution suami adalah 100% tetapi oleh kerana kos sara hidup tinggi di bandar, isteri boleh contribute 30% dari gajinya utk keluarga, ataupun suami contribute as much as 70%, isteri 30% from the total of the family expenses. Tolak ansur penting dlm rumahtangga.

Sekian pelajaran rumahtangga bahagia utk hari ini :p