Archive for the weekend Category

Perang!

Posted in Memory Tank, weekend on December 16, 2008 by Lady K

Finally aku dpt men paintball!!! It’s a game I’ll never forget! Best tak terkata! Hilang akal! Best best best! Waduh gila best sey! Woohoooo!

Malam sebelum game aku dah rasa cuak jugak. Bukan sebab takut kena tembak tapi sebab aku tak kenal sorg pon kecuali Adiman. Camne ni camne ni. Ahhh persetankan perasaan ni, bila lagi nak men? Bedal sajalah!

Game day. Aku asek tgk jam, takut terlambat. Malam ada 10year reunion, hopefully I could make it before 730, aku berharap dlm hati. Harini mmg my black Saturday the 13th. Siang perang pakai all blacks, malam dinner pink black. Eh blog aku pon black gak hehe. Slacknya, tudung hitam yg aku nk pjm dari adek aku MIA, terpaksa pakai tudung biru. Little did I know the color of my tudung would blew my cover later on! Aku lukis peta Rimba Harmoni, siap-siap then zas terus ke tapak peperangan

So after waiting for the rest to arrive, makan-makan, kenal-kenal, borak-borak, briefing-briefing, masa yg dinanti-nantikan akhirnya tiba!

Let the (my) first game begins…

Barrel sock off

Safety pin off

Test shoot

3 seconds to...” (suara marshall dah sayup2 kedengaran, mind already focusing on what’s gonna happen next)

Barisan infantry Penunggu gua terus berlari take cover. Sniper amek port dalam tree house. I shot 3 enemies down: Faruq, someone, Faruq again (lps recharge) hehe. Faruq dah mati hidup semula pastu mati balik hehehe. Enemy terakhir tak mati plak aku tembak, he was running like crazy towards the flag, lantas dia berjaya mencabut flag tanpa kena sebutir pon peluru aku! Arghhh, maybe kena tapi bounced back! Darn! Silap aku jugak sbb aku tak dgr sniper jerit dia dah abes pellet. Cakar Harimau menang against Penunggu Gua. Takpe next time wa akan berdiri and tembak a la terminator haha!

Second game pulak Penunggu Gua serang dari bawah bukit. Owh, didn’t I tell you we had our war game at a hill slope, a getah estate filled with nyamuks hill slope :P

“Nak amek flag tak” (tanya Adiman pada Usop – klu tak salah pandangan kelabu mask & pendengaran aku hehe)

“Amek weh!”, aku menyampuk dari jauh

Tiba-tiba kiri kanan aku dah takde org. Aik mana sume org pegi ni? Pakat mati sama-sama ke hape? Aku jalan itek ke ‘kubu’ seterusnya. Eh dah dekat ni. Lalu aku pon tembak sniper-sniper Samseng Kg Dusun. Mungkin terkena sebab satu masa tu dua-dua sniper senyap tak tembak haha. Coast mcm clear, aku letak marker and lari ke flag. Serentak aku genggam flag.. beng! Melayang butir peluru yg pertama ke kepalaku. Beng! Peluru kedua plak. Beng! Aku tak ingat no 3 pegi mana :p Masa tu marshal cakap smthg indicating aku mati dlu tak sempat cabut flag. Dem. Kecewa tapi berkobar-kobar nak recharge. On the way back to base, Fuad mtk pellet. Memula nak bagi je marker kat dia tapi dia insist nak pellets je so aku bagi jelah. Recharged and left my marker behind, aku pon cuba-cuba nak pegi amek flag dlm masa yg tinggal satu menet tu. Then game over. Wow we won! Cayalah Faiez! Gila kental smgt kau tempuh peluru bertubi-tubi haha

Lps game yg ketiga, Atul dok cerita-cerita kat aku & Adiman yg kitorg kepung dia, aku kanan Dme kiri. Aku takleh recall masa bila aku kepung dia, byk kali jugak dia cerita. Aku tgk Dme blur, aku sengih-sengih kerang busuk. Besoknya baru aku teringat, aku memang ada cornered an enemy dgn Adiman. Spontaneous. Aku dah nmpk muncung marker di balik ‘kubu’ tu on the right side, aku pon pusing nak sergah dia belah kiri. Tup-tup, Dme dah ada kat situ. Pe lagi, aku pon pelan-pelan gerak ke belah kanan, tembak sedas dua kat dia (aku takut dia tembak dlu hehe) pastu marshall cakap jgn tembak lagi. Aku ingatkan bdk laki yg kena tembak tu, rupanya bdk pmpn hehe. Patutlah blur semacam je bila dia cite. Harap ampun ya :P

Game berakhir dgn Penunggu Gua menang final. Hehe. Tatau tatau. Organizer cakap menang so menangla kan. Aku layankan ajer haha. Yang aku pasti aku dah lambat gila nak pegi dinner!

Perghhhhh.. kepuasan menembak org adalah sgt priceless!!! Beng!

Deja vu

Posted in jiwang, weekend on December 13, 2007 by Lady K

dejavu
Betulkah apa yang kulihat ini?!

Semasa aku kemas-kemas barang-barang terakhir dan sampah sarap tempoh hari, tiba-tiba je aku terasa macam pernah aku lalui semua ini. Ye lah, aku pernah mimpi macam ni rupa hall yang aku hampir siap kemas. Macam ni lah rupanya saki-baki barang yg belum berangkat dan lantai yang belum bersapu. Macam tu jugalah rupa kotak yg tersandar di dinding.

“Hmm.. mungkin ini petanda penghijrahan ini memang sudah tersurat, tunggu masa aku betul-betul ikhtiar utk angkat kaki je”.

Aku happy dapat duduk tempat baru. Aku rasa lebih tenang dan aman. Betul! Seronoknya macam beli rumah sendiri. Happynya~ :)

Satu perkara yang buat aku sayang nak tinggalkan tempat ni adalah jiran-jiran aku. Diorang memang best! Sebelah kanan jiran dan dpn rumah keluarga India, sebelah kiri keluarga Cina. Memang masyarakat majmuk, nyamuk pon tak ketinggalan nak join hehe

Harap-harap kegembiraan & keseronokan ini akan berkekalan ;)

Thanks a million!

Posted in movement99, weekend on December 11, 2007 by Lady K

Lunch @ Pizza Hut: RM xx.xx
Snow Car Wash: RM yy.yy
Having super buddies: PRICELESS

Mov99

Thanks a million guys!
Not to forget Izzaty & Nizar, thanks for giving me an extra hand ;)

The world ain’t enough to say how much your presence during that particular time means to me.

MotoGP 2007 @ Sepang

Posted in Bikes, weekend on October 23, 2007 by Lady K

10.30 a.m that morning a friend of mine texted me, “MotoGP jom”. Still tired from being Pza’s pengapit at her wedding the day before, I said yes. I was totally excited since it was my first MotoGP live. At noon sharp, we left for Sepang.

I was thrilled to know Adiman and friends and another biker friend of mine from Penang would be there. Thrill wooo kawan-kawan ramai turun hihihi. Another biker friend from JB also came, but I only knew he was there after the race.

Pass to MotoGP

Cool huh? That was my pass for MotoGP @ Sepang last Sunday. Too bad I had to return it. Maybe next year I could get another one and keep it for myself :-D

This is where I sat (stand actually) during the race. Yeah, I was at the grand stand! :-D The blaring sound of the 800cc bikes forced me to cover my ears every time they passed the starting line. Watching Casey Stoner leads the race was exhilarating. It was even more exciting to see Anthony West in his green Kawasaki giving all he’s got not to lose the race. It was pure fun!

Race has started

Looking at the quality of these pictures, I think I’m going to get myself a new camera phone next year. Possible? Impossible is nothing.. with a credit card! Unless you have reached your credit limit. Hahahahaha

“Homesick” yang terubat

Posted in weekend on September 29, 2007 by Lady K

Setelah berbulan-bulan tak balik kampung, akhirnya malam tadi aku berjaya jejakkan kaki ke rumah. Heaven! Kepulangan aku disambut gembira oleh adik-adik, lebih-lebih lagi ‘Adek’, adik yg paling bongsu, yang paling aku rindui. Telatahnya bila aku teringat memang tak pernah gagal utk buat aku tergelak sorang-sorang.

Adek bercerita tentang Bleach, One Piece dan Naruto sambil menemani aku makan. Aku sangat kagum bila dia kata dia tengok Bleach #1 kat YouTube. Wow! Bila ditanya macam mana boleh tau ada kat YouTube, “Adalah” jawabnya. Bila diingat-ingat, aku rasa aku pernah cari Yugi-oh utknya di YouTube. Tak sangka budak berumur 11 tahun ni masih ingat lagi dan pandai pulak nak cari sendiri Bleach di situ.

Perasaan terperanjat tak berhenti setakat itu sahaja. Bila aku on PC, wallpaper Naruto yang terpampang di depan mata! Wah ini sudah hebat! Adek tersengih lebar macam kerang busuk mengiyakan bila ditanya “Adek cari sendiri kat Internet ke ni?”. Budak zaman sekarang dah terer IT. Harap-harap penjelajahannya di alam siber tidak akan sampai ke laman web yang bukan-bukan.

Untuk rekod, Adek dah kumpul 89 pemadam Naruto! Aku ingat jap lagi aku nak rembat buat jual! Ahahahahaha