Aku sedang menunggu waktu Maghrib. Masuk waktu 7.40 ptg (ke malam?). Owh ye, aku di Phoenix. Waktu siang lebih panjang dari waktu malam. 5.30 pagi dah nampak dah tanda-tanda nak terang. Nasib baik aku TAK disuruh datang sini pada bln puasa. Kalau tak adoi, lamanya nak tunggu waktu buka! hehehehe
*Okeh dah Maghrib*
Smlm aku jalan-jalan di Sedona. Cantik! Sepanjang perjalanan tu memang cantik! I like! Langit biru, awan yg pelbagai bentuk yg chomel, bukit bukau yg tak completely hijau, kalau dari jauh mcm bukit tandus bertompok-tompok hijau. Phoenix ni al padang pasiru tapi bkn mcm Mesir. Ada satu National Park tu kuning mata memandang hehe. Rumput-rumput tinggi berwarna kuning. Unik! Takde kat M’sia! Syg sungguh tak boleh nk ambil gambar, aku takut nak berenti tepi freeway (not HIGHway (read: high-fare-way) okay.. it’s FREE!). Sini takde R&R. Kalau ada pun jarak antara seketul R&R jauhhhhhh, and bkn ada tpt makan pun. Tpt shishi jek

Red Rocks @ Sedona
Semalam hujan lebat yg amat! Sebab jet lag, aku mengantuk giler! Menguap non-stop! Mata memang nak terpejam. Aku cubit pipi, cubit peha tapi cubit sikit-sikit, takut sakit kekekekekeke. Ngantuk lagik! Hari dah mula gerimis masa nak balik hotel tapi gerimisnya tu lagi gerimis dari gerimis; lagi sikit hujan dari gerimis. Aku bersorak masa tu.. woohooo merasa gak aku ujan kat desert! Jakun gila! Haha. Then takde dah, pastu gerimis lagi sikit. Sikit punya sikit, lama lama makin byk, lepas tu lebat, lepas three lebat gell!!! Waduh! Serius tak nmpk dpn! Bila kereta sebelah langgar puddle of water, bedebush, habis langsung tak nmpk! Huwa.. Dahle mengantuk tahap gaban, gila susah nk focus! Aku menghitung miles, cepatlah sampai cepatlah~ Lega gell bila dah sampai! Tengkiu Allah!
Papepon, memang syok betul tertdo dpn tv hihihihi