“Alif Lam Lam Ha Siapa ambil dia dosa besar”
Ingat tak masa kecik-kecik dulu kita suka sgt tulis kat pemadam, pen, apa-apa ajelah yg kita rasa berharga. Aku rasa semua budak-budak kecik Melayu buat mcm ni. Adik-adik aku beberapa tahun dulu pon buat, tergelak aku tgk bila aku baca atas pemadam derang ayat-ayat yg aku pernah tulis dulu ahahaha. Jgn tak mengaku, aku tau korang pon sama hahaha
Lepas tu, kalau bergaduh dgn member pasal curi pemadam, curi pensel mesti ckp “sumpah aku tak ambil“. Mesti nak sumpah. Pernah tak gaduh sampai junjung-junjung Quran? Aku tak pernah tapi aku rasa ada jek kejadian bila mak cabar kita junjung Quran lebih-lebih lagi bab tipu-menipu mak, curi-mencuri duit bapak. Budak-budak, perangai masing-masing macam lahanat, kalau dah kena sergah suruh junjung mesti diam tak berani nak lawan punya. Kompem lepas tu kena tibai dgn rotan. Biarlah kena rotan, biarlah berbirat-birat dari kena sumpah, kan?
Ada org kata, manusia ni kitaran dia mcm 5 jari kita. Rendah, tinggi sikit, paling tinggi, rendah sikit, paling rendah dan gemuk (ibu jari). Gemuk tu sbb banyak pengalaman. Huraian pjg make short, bila kita makin tua, perangai akan kembali mcm budak-budak. Make sense? Kalau tak caya, cuba jaga ibu bapa/nenek/datuk anda yg dah terlalu uzur, mesti permintaannya/keperluannya mcm kamu kecik-kecik dulu.
Berita-berita skrg ni menunjukkan org tua dan org yg belum tua dah nak jadi budak kecik semula. Main sumpah-sumpah, main cabar-cabar sumpah. Siapa baca uratkhabar The Star hari Sabtu lepas? Molek jek muka depan gambar Choong Wei lompat terkam peluk Misbun, bule plak kat sudut tepi tu cite pasal sumpah. Aku sebagai seorang yg beragama Islam dan masih lagi mengamalkan ajaran Islam dan mengakui Islam itu adalah cara hidup aku sungguh MALU membaca tajuk berita tersebut, belum isi berita lagi! Dah berapa hari dah tak habis-habis isu sesumpah ni.
Tolonglah, kalau nak malukan keluarga sendiri, nak malukan diri sendiri kepada dunia buatlah TAPI TOLONGLAH JANGAN LIBATKAN ISLAM. Org bkn Islam selalu dpt tanggapan negatif terhadap Islam sebab org Islam sendiri. Kebodohan? Kealpaan? Tolonglah, cukup-cukuplah burukkan imej Islam. Kau tak terasa impak, kalau kau pergi luar negara baru kau tau prejudis org terhadap kau. Tapi kalau kau minum-minum, menari dlm disko, tidur dgn pelacur mungkin tak terasa juga sebab org pon tak tahu kau Islam ke bkn.
Macam mana nak bagi tanggapan baik terhadap Islam kalau org Islam sendiri tidak mahu buat tanggapan baik terhadap dirinya sendiri?