Archive for the I Say Category

Kematangan yg sudah tandus

Posted in I Say, Islam, owh menceceh on August 19, 2008 by Lady K

“Alif Lam Lam Ha Siapa ambil dia dosa besar”

Ingat tak masa kecik-kecik dulu kita suka sgt tulis kat pemadam, pen, apa-apa ajelah yg kita rasa berharga. Aku rasa semua budak-budak kecik Melayu buat mcm ni. Adik-adik aku beberapa tahun dulu pon buat, tergelak aku tgk bila aku baca atas pemadam derang ayat-ayat yg aku pernah tulis dulu ahahaha. Jgn tak mengaku, aku tau korang pon sama hahaha

Lepas tu, kalau bergaduh dgn member pasal curi pemadam, curi pensel mesti ckp “sumpah aku tak ambil“. Mesti nak sumpah. Pernah tak gaduh sampai junjung-junjung Quran? Aku tak pernah tapi aku rasa ada jek kejadian bila mak cabar kita junjung Quran lebih-lebih lagi bab tipu-menipu mak, curi-mencuri duit bapak. Budak-budak, perangai masing-masing macam lahanat, kalau dah kena sergah suruh junjung mesti diam tak berani nak lawan punya. Kompem lepas tu kena tibai dgn rotan. Biarlah kena rotan, biarlah berbirat-birat dari kena sumpah, kan?

Ada org kata, manusia ni kitaran dia mcm 5 jari kita. Rendah, tinggi sikit, paling tinggi, rendah sikit, paling rendah dan gemuk (ibu jari). Gemuk tu sbb banyak pengalaman. Huraian pjg make short, bila kita makin tua, perangai akan kembali mcm budak-budak. Make sense? Kalau tak caya, cuba jaga ibu bapa/nenek/datuk anda yg dah terlalu uzur, mesti permintaannya/keperluannya mcm kamu kecik-kecik dulu.

Berita-berita skrg ni menunjukkan org tua dan org yg belum tua dah nak jadi budak kecik semula. Main sumpah-sumpah, main cabar-cabar sumpah. Siapa baca uratkhabar The Star hari Sabtu lepas? Molek jek muka depan gambar Choong Wei lompat terkam peluk Misbun, bule plak kat sudut tepi tu cite pasal sumpah. Aku sebagai seorang yg beragama Islam dan masih lagi mengamalkan ajaran Islam dan mengakui Islam itu adalah cara hidup aku sungguh MALU membaca tajuk berita tersebut, belum isi berita lagi! Dah berapa hari dah tak habis-habis isu sesumpah ni.

Tolonglah, kalau nak malukan keluarga sendiri, nak malukan diri sendiri kepada dunia buatlah TAPI TOLONGLAH JANGAN LIBATKAN ISLAM. Org bkn Islam selalu dpt tanggapan negatif terhadap Islam sebab org Islam sendiri. Kebodohan? Kealpaan? Tolonglah, cukup-cukuplah burukkan imej Islam. Kau tak terasa impak, kalau kau pergi luar negara baru kau tau prejudis org terhadap kau. Tapi kalau kau minum-minum, menari dlm disko, tidur dgn pelacur mungkin tak terasa juga sebab org pon tak tahu kau Islam ke bkn.

Macam mana nak bagi tanggapan baik terhadap Islam kalau org Islam sendiri tidak mahu buat tanggapan baik terhadap dirinya sendiri?

Salah siapa?

Posted in I Say, owh menceceh on September 24, 2007 by Lady K

Sekali lagi negara kita digemparkan dengan kes rogol-bunuh kanak-kanak. Aku kasihan sangat pada ahli keluarga arwah. Sudahlah anak meninggal, segelintir masyarakat pula menghantar hate mail menyalahkan ibu bapa arwah. Lepas tu polis nak dakwa ibu bapa arwah sebab mereka cuai. Hello~ Kalau nak dakwa sebab cuai, kenapa tak dakwa mak ayah Yin dulu? Tu lebih cuai. Anak hilang semasa membeli belah. Kalau dilihat dari CCTV, anak dia sendiri yang secara sukarela keluar dari Sogo bersendirian.
Read more »

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Part II

Posted in I Say, Islam on September 15, 2007 by Lady K

Ingat tak entry mengenai hadis Jibril? Kalau hendak tahu dgn lebih lanjut, di baca entry di blog Koleksi Soal Jawab Agama.

Thanks Nad for the info.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Posted in I Say, Islam on September 12, 2007 by Lady K

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; dan
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.”

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sejak kebelakangan ini aku banyak menerima forward e-mail atau mesej YM yang mengandungi ayat di atas. Pertama kali aku menerima mesej sedemikian setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia siber. Aku tidak pasti adakah ini hadis sahih atau tidak. Niat pengirim pertama e-mail ini memanglah baik dan tidak disangkal ada kebaikannya kerana semua org berlumba-lumba untuk memohon maaf sebelum bermulanya puasa kerana takut ibadah yg murni itu tidak diterima Allah. Walau bagaimanapun bukankah lebih molek jika ditulis sekali ini diriwayatkan dari siapa, sahih Bukhari atau sahih Muslim supaya kita semua tidak membuta tuli mempercayainya. Aku bukan pakar hadis tetapi kita kena sentiasa beringat dan berhati-hati.

Dikesempatan ini aku ingin memohon ribuan ampun dan maaf di atas segala kesilapan sama ada yang disengajakan atau tidak. Kalau aku ada berhutang atau pinjam barang tu ingat-ingatkanlah, ringan-ringankan mulut minta. Aku ni seorang insan pelupa.

Pada manusia yg ‘baik gila’, takpe.. hiduplah bersenang-lenang di dunia ni. I will not forgive nor I will forget. Rot you in hell for all I care. Hahahahahahahaha *gelak setan* (ganaz tak?)

Yeay! Yeay! Besok puasa! Selamat berpuasa semua! Jom buka puasa beramai-ramai!

Cari benda yg tak berapa tersembunyi

Posted in I Say on July 20, 2007 by Lady K

att00157.jpg

Jumpa? Goreng pon sodappppppp *muntah hijau*