Archive for the cinta Category

Dia bukan milikku

Posted in cinta, jiwang on November 4, 2007 by Lady K

Minggu ini sahaja aku terima empat kad jemputan kahwin tetapi hanya satu kad menarik perhatian aku.

Dari jauh lagi, sebelum aku sampai betul-betul di hadapan rumah, aku sudah nampak sekeping sampul surat diselitkan oleh posmen dalam peti suratku. Pintu peti surat aku terbuka luas, mungkin pak posmen tidak menutupnya dengan rapat setelah menyelitkan surat itu. Sebelum aku turun dari motorsikal lagi aku sudah cam tulisan tangan di atas sampul surat itu. Ah, tidak syak lagi ini adalah kad jemputan kahwin. Tulisan yang memang sangat aku kenali. Sangat tidak sangka dia akan mendirikan rumahtangga akhirnya.

Kalau aku tidak waras, sudah tentu aku akan cakap, nama aku yang sepatutnya dicetak di sebelah namanya dalam kad itu. Mesti aku akan cakap sekarang ini sepatutnya aku di Nilai 3 mencari barang hantaran. Syukur, aku masih waras, pemikiranku masih lurus. Aku bersyukur nama aku hanya sekadar berada di ruangan nama orang yang dijemput untuk ke kondangan.

Read more »