Archive for December, 2008

Tag muka tak mandi

Posted in owh menceceh on December 17, 2008 by Lady K
Belum mandi tapi dah gosok gigi~

Belum mandi tapi dah gosok gigi~

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON’T change your clothes; DON’T fix your hair… Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instructions with your picture.
5) Tag 10 people to do this…

Yep, ni belum tukar baju since malam tadi, belum mandi, rambut mestilah tak sikat sebab pakai tudung. Muka dah basuh gigi dah gosok. Cun tak aku tak mandi pagi lagi? Fewwittt~

Ni gambar baru turun flight kat JFK New York, suatu pagi selepas Subuh. Dengan belum mandi, aku pegi jalan-jalan kat Rockaway beach. Tak brani woo nak mandi laut, smlm ada bdk pompuan lemas kat sini!

Aku nak tag: Tuty, Hanim, Aishah, Mooke, Fatma, Lia, Nadiah, you, you and you. Haha 7 cukuplah, kang ramai plak busuk tak mandi lepak kat sini :P

Perang!

Posted in Memory Tank, weekend on December 16, 2008 by Lady K

Finally aku dpt men paintball!!! It’s a game I’ll never forget! Best tak terkata! Hilang akal! Best best best! Waduh gila best sey! Woohoooo!

Malam sebelum game aku dah rasa cuak jugak. Bukan sebab takut kena tembak tapi sebab aku tak kenal sorg pon kecuali Adiman. Camne ni camne ni. Ahhh persetankan perasaan ni, bila lagi nak men? Bedal sajalah!

Game day. Aku asek tgk jam, takut terlambat. Malam ada 10year reunion, hopefully I could make it before 730, aku berharap dlm hati. Harini mmg my black Saturday the 13th. Siang perang pakai all blacks, malam dinner pink black. Eh blog aku pon black gak hehe. Slacknya, tudung hitam yg aku nk pjm dari adek aku MIA, terpaksa pakai tudung biru. Little did I know the color of my tudung would blew my cover later on! Aku lukis peta Rimba Harmoni, siap-siap then zas terus ke tapak peperangan

So after waiting for the rest to arrive, makan-makan, kenal-kenal, borak-borak, briefing-briefing, masa yg dinanti-nantikan akhirnya tiba!

Let the (my) first game begins…

Barrel sock off

Safety pin off

Test shoot

3 seconds to...” (suara marshall dah sayup2 kedengaran, mind already focusing on what’s gonna happen next)

Barisan infantry Penunggu gua terus berlari take cover. Sniper amek port dalam tree house. I shot 3 enemies down: Faruq, someone, Faruq again (lps recharge) hehe. Faruq dah mati hidup semula pastu mati balik hehehe. Enemy terakhir tak mati plak aku tembak, he was running like crazy towards the flag, lantas dia berjaya mencabut flag tanpa kena sebutir pon peluru aku! Arghhh, maybe kena tapi bounced back! Darn! Silap aku jugak sbb aku tak dgr sniper jerit dia dah abes pellet. Cakar Harimau menang against Penunggu Gua. Takpe next time wa akan berdiri and tembak a la terminator haha!

Second game pulak Penunggu Gua serang dari bawah bukit. Owh, didn’t I tell you we had our war game at a hill slope, a getah estate filled with nyamuks hill slope :P

“Nak amek flag tak” (tanya Adiman pada Usop – klu tak salah pandangan kelabu mask & pendengaran aku hehe)

“Amek weh!”, aku menyampuk dari jauh

Tiba-tiba kiri kanan aku dah takde org. Aik mana sume org pegi ni? Pakat mati sama-sama ke hape? Aku jalan itek ke ‘kubu’ seterusnya. Eh dah dekat ni. Lalu aku pon tembak sniper-sniper Samseng Kg Dusun. Mungkin terkena sebab satu masa tu dua-dua sniper senyap tak tembak haha. Coast mcm clear, aku letak marker and lari ke flag. Serentak aku genggam flag.. beng! Melayang butir peluru yg pertama ke kepalaku. Beng! Peluru kedua plak. Beng! Aku tak ingat no 3 pegi mana :p Masa tu marshal cakap smthg indicating aku mati dlu tak sempat cabut flag. Dem. Kecewa tapi berkobar-kobar nak recharge. On the way back to base, Fuad mtk pellet. Memula nak bagi je marker kat dia tapi dia insist nak pellets je so aku bagi jelah. Recharged and left my marker behind, aku pon cuba-cuba nak pegi amek flag dlm masa yg tinggal satu menet tu. Then game over. Wow we won! Cayalah Faiez! Gila kental smgt kau tempuh peluru bertubi-tubi haha

Lps game yg ketiga, Atul dok cerita-cerita kat aku & Adiman yg kitorg kepung dia, aku kanan Dme kiri. Aku takleh recall masa bila aku kepung dia, byk kali jugak dia cerita. Aku tgk Dme blur, aku sengih-sengih kerang busuk. Besoknya baru aku teringat, aku memang ada cornered an enemy dgn Adiman. Spontaneous. Aku dah nmpk muncung marker di balik ‘kubu’ tu on the right side, aku pon pusing nak sergah dia belah kiri. Tup-tup, Dme dah ada kat situ. Pe lagi, aku pon pelan-pelan gerak ke belah kanan, tembak sedas dua kat dia (aku takut dia tembak dlu hehe) pastu marshall cakap jgn tembak lagi. Aku ingatkan bdk laki yg kena tembak tu, rupanya bdk pmpn hehe. Patutlah blur semacam je bila dia cite. Harap ampun ya :P

Game berakhir dgn Penunggu Gua menang final. Hehe. Tatau tatau. Organizer cakap menang so menangla kan. Aku layankan ajer haha. Yang aku pasti aku dah lambat gila nak pegi dinner!

Perghhhhh.. kepuasan menembak org adalah sgt priceless!!! Beng!

Protected: No luck

Posted in owh menceceh on December 5, 2008 by Lady K

This post is password protected. To view it please enter your password below: