Sungguh tak best demam pada hari minggu. Kerana demam, aku hanya mampu utk tidur hampir sepanjang hari. Dan kerana demam juga aku terpaksa melepaskan dua jemputan rumah terbuka hari ini. Argh! Rugi-rugi. Nak buat macam mana, tak ada rezeki
Sebenarnya aku dah demam selsema dari hari Jumaat lagi. Walaupun doktor dah kasi ubat, cam tak baik-baik pon demam dan batuk ni. Selsema Alhamdulillah dah kurang. Kalau tak, rasa nak garu-garu je dalam hidung dan telinga. Gatal yang amat. Bertali arus bersin kat ofis, tapi best sebab aku sgt frust kalau nak bersin tapi tak jadi.
Rumah aku dah togel dah skrg. TV tadak, peti sejuk tadak, dapur gas, tong gas, mesin basuh pon tadak hahahaha. Sorang bdk rumah ni nak pindah awal bln dpn. Dia dapat transfer ke JB so dapatlah dok sama-sama dgn hubby di JB nun. Tuan umah aku plak nak balik umah dia ni bln Disember karang. Hmmm.. ni yg aku trasa nak beli rumah ni. Kalaulah area umah aku ni ada rumah kos rendah mmg aku dah sambar dah
Baik, skrg aku nak teruskan perjuangan tidur aku. Takut besok tak larat nak pergi kerja. Aik? Sejak bila aku semangat nak pegi kerja ni? Err.. err.. sejak.. dateline task aku 31 Oktober ni! ^_^

