Setelah berbulan-bulan tak balik kampung, akhirnya malam tadi aku berjaya jejakkan kaki ke rumah. Heaven! Kepulangan aku disambut gembira oleh adik-adik, lebih-lebih lagi ‘Adek’, adik yg paling bongsu, yang paling aku rindui. Telatahnya bila aku teringat memang tak pernah gagal utk buat aku tergelak sorang-sorang.
Adek bercerita tentang Bleach, One Piece dan Naruto sambil menemani aku makan. Aku sangat kagum bila dia kata dia tengok Bleach #1 kat YouTube. Wow! Bila ditanya macam mana boleh tau ada kat YouTube, “Adalah” jawabnya. Bila diingat-ingat, aku rasa aku pernah cari Yugi-oh utknya di YouTube. Tak sangka budak berumur 11 tahun ni masih ingat lagi dan pandai pulak nak cari sendiri Bleach di situ.
Perasaan terperanjat tak berhenti setakat itu sahaja. Bila aku on PC, wallpaper Naruto yang terpampang di depan mata! Wah ini sudah hebat! Adek tersengih lebar macam kerang busuk mengiyakan bila ditanya “Adek cari sendiri kat Internet ke ni?”. Budak zaman sekarang dah terer IT. Harap-harap penjelajahannya di alam siber tidak akan sampai ke laman web yang bukan-bukan.
Untuk rekod, Adek dah kumpul 89 pemadam Naruto! Aku ingat jap lagi aku nak rembat buat jual! Ahahahahaha


