Bahaya Minyak Angin

Sesuatu yg sukar dipercayai bukan? Minyak angin yg sudah sebati dgn kehidupan kita sebenarnya adalah pembunuh yg membunuh dlm senyap. Sekiranya boleh, elakkanlah guna minyak angin esp pd baby. Org Melayu je yg slalu guna minyak angin pd baby, aku rasa bangsa² lain tidak mempraktikkan penggunaan minyak angin dlm kehidupan mereka. Kalau mereka boleh, pasti kita boleh.

FYI, information ini adalah benar. Kawan aku dah telefon nombor yg tertera kat bawah ni. Ayah bdk ni bercerita pjg mengenai pengalamannya yg hampir kehilangan anak tersayang. Dia telah pusing ke seluruh dunia utk mencari maklumat mengapa minyak angin merbahaya. Dia tak menamakan mana² jenama minyak angin sebab dia tidak mahu kita boikot hanya jenama tersebut tapi kenapa? Sebab semua minyak angin mempunyai bahan asas yg sama, maka tak adillah kalau kita hanya menuding jari kepada satu pihak sahaja. Kalau tak salah, Australia telah mengeluarkan undang² yg melarang penggunaan minyak angin ke atas bayi.

 —————————————————————————————–

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.

17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah…’ada sapu apa-apa minyak di perut’ bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah.. Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas… Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah… tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya… kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih

Basri Abdullah
Warehouse Coordinator
Expeditors (Malaysia), Penang.
Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023
Email : basri.abdullah@expeditors.com

Dear all,

I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri’s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor’s children’s word.

I was informed by the experts that they found traces of “OIL” in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too… etc.

What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his “orang tua” rubbed a lot of “minyak angin” on his stomach to prevent him from “kena angin”. I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this “minyak angin” will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That’s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you.

Best Regards,
Walter Ong
Business Development Manager, Penang
Distribution Services
Expeditors (Malaysia) Sdn Bhd
TEL: 604-6329 433
DID: 604-6329 501
FAX: 604-6307 023

10 Responses to “Bahaya Minyak Angin”

  1. My take on this one:

    I suspect this kid had this condition called Reye’s syndrome. This syndrome involves brain damage and liver damage. There is association of this syndrome with the use of aspirin and other salicylate-containing medications but the exact cause is unknown. Aspirin is used as a painkiller and an antiplatelet. The active compound in aspirin is salicylate, which is the active compound in most minyak angin (salicylic acid).

    Aku tak tahu la sejauh mana rate of absorption bile sapu minyak angin kat perut tapi minum air yang diletak sedikit minyak angin is a complete no no. Aku pernah dengar ada sorang atuk ni kasi kat cucu die (this atuk has a PhD) minum air letak minyak cap kapak bila cucu die sakit. Aduh, cannot la like that. And similarly someone advised me to drink air with minyak cap kapak when I had period pain. Nope I would be better of taking ibuprofen (nurofen) laa.

    Kesimpulannya, boleh guna minyak angin untuk sapu tapi jangan over sangat. Tapi untuk budak2 aku tak pasti. Ni kena check balik. Tapi minum minyak angin? Tak payah laaaa…

  2. Nak tambah sikit. Selalunya kita sapu minyak angin sebab nak analgesic (pain relief) effect. Masalahnya sapu minyak angin ni kita tak tahu berapa banyak salicylate dah diabsorb ke dalam badan. Conceptnya samalah dengan makan aspirin untuk pain relief (kat msia kita tak guna aspirin as painkiller unlike in US). Jadi kalau takut, ambiklah paracetamol or nurofen, ikut dose seperti yang disyorkan. But apart from the normal sakit2 (demam biase, period pain), kalau sakit2 lain tu jangan la self-medicate, jumpe doktor mintak advise. Sekian terima kasih heheh

  3. Alamak lin, aku mengspam comment box kau ni :D

    Baru jumpa about factors affecting the absorption of topical drugs (ubat sapu):

    1. Skin with a disrupted epidermal layer (kulit terluka and koyak)
    2. Hydration of the skin
    3. The use of occlusive dressings (macam kita barut baby tu after sapu minyak angin)
    4. Flexural surfaces (ketiak etc), and face (due to thinner stratum corneum)
    5. In infant and in elderly (they have thinner stratum corneum)

    *Stratum corneum = the outermost layer of the skin

    Kesimpulannya avoid sapu minyak angin kat babies and toddlers.

    In the second email above the guy wrote “this “minyak angin” will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender”. I am sure he meant tender as in “soft and delicate”. Betul lah tu. Cuma nak tambah je, in medical terms tender also means painful, sore :D

  4. wow~.. how i wish i could do some “engineering” explaination like this..

  5. Just to make things clear. All of the factors above increase the absorption of topical drugs.

    Tuty, i’m pretty sure if the topic is engineering-related you have lots to say. Aku ni saje je suka2 nak mengspam comment box orang tulis panjang2 ni :D

  6. hahahaha naja THANK YOU!! what an overwhelming response from a soon to-be-expert! hihihii yup tuty, i wish i could do the same!
    hmm.. all this while aku ingat aspirin is paracetamol. bkn ek? isk2.. silap fahaman dah ni.. and aku pernah jugak dgr minum minyak angin. macam manalah org boleh terpikir nak minum such harmful thing? aku rasa mesti ada tulis ‘For External Use Only’ on the bottle kan?
    tetiba aku trasa mcm rugi tak amek medic hehehe

  7. My late grandma used to drink warm water with a little minyak cap kapak too.

    Fortunately, I never liked the smell of minyak angin on myself. Massage my mak, bolehlah.

    Naja, it’s not spamming. It’s very resourceful for us :)

  8. Kamilla,

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

    Boleh aku beraya rumah ko bila gi kenduri Tuty nanti?

  9. assalamualaikum

    thanks for the info..tak sangka juga yer perkara macam ni berbahaya..nampak remeh je..

  10. [...] a few minutes of your time (esp to moms & moms-to-be) to read here and [...]

Leave a Reply