Archive for October, 2006

sedey siol

Posted in I Say on October 28, 2006 by Lady K

How would you feel to spend 2 days alone in your house, on hari raya? Of course you have frens & saudara mara but they were all bz celebrating with their families, some are away from KL.

Owh I did try to call them but after 4 failed attempts to get anyone to be my company, aku jadi malas nak cuba call kawan² yg lain.. Nasib baik internet tak down. Klu tak, hadui, aku pon tak tau lah nak buat apa.

Then later you come to know this early trip back to the big city actually could be avoided. Hadui, aku jadi sedey + speechless. Rasa nak jatuh air mata aku. Nak cakap pon tak guna. I’m stranded here with two dead fish, swarming with maggots in the small ‘aquarium’, waiting for the pet owner to come back and clean it up. Aku letak aquarium kat luar rumah. Memang aku sengaja biarkan. Jgn harap aku nk bersihkan. Aku nak dia tau negligence kills.

Dari membazir masa macam ni baik aku keje, dpt balik AL aku yg dah terburn dgn sia-sia *sigh*  Aku sedang bazirkan masa aku dgn study micro processor hahaha

Raya di KL? Buhsan!

Posted in I Say on October 28, 2006 by Lady K

Dengan cuti aku yg masih berbaki tiga hari lagi, aku sedang bermalas-malasan dalam keadaan tertekan sbb sepatutnya skrg aku duduk kat JB nun menghabiskan saki baki cuti raya aku bukan duduk sorang² kat KL nih.. aduiiiiii.. tertekan betullah! Org lain tengah syok beraya dgn family & sanak saudara, aku terdampar sorang² kat umah ni. Eiii, tak puas raya lagi nih tapi nak buat macam mana. Aku balik menumpang dgn student. Plan asal pulang ke ibu kota yg sesak ni pd hari Sabtu terpaksa diawalkan sehari sebab mendapat perkhabaran assignment micro P kna hantar hari Isnin. Adehh.. nasib baik aku tak cuti sampai hari Isnin.. rugi.. rugi.. *sigh*

Hari Raya kali ini sama seperti raya-raya yg lepas. Seperti biasa hari raya pertama aku sibuk dgn persiapan rumah terbuka. Masa ni la kalut dgn last minute prep. Open house kali ni super sibuk tak ingat punya, org dtg bertali arus, takde injury time langsung! Dalam kesibukan yg tak disangka-sangka tu, aku cuba curi-curi masa utk hantar sms ucapan hari raya kepada semua kwn yg ada dlm phone book. Kalu ada yg tak dpt tu aku mintak maaf ye.. masa sakan dok mass-msg tu, aku ada nampak notification sms failed, kebanyakannya no Celcom. Oleh kerana aku ‘Send to many’, outbox aku yg cuma boleh save 20 msg tak dpt nak btau aku dgn tepat siapa yg tak dpt sms tu so aku tak tau nak resend msg kpd siapa. Sowi ek.

Macam biasa, bila kite sms ada insan² yg rajin membalaskan? Ada satu tu berbunyi

Siapa adimansyah lin? Hehehe..

Hahahahaha.. tergelak besar aku. Rupanya aku terlupa nak delete nama dme kat sms jawi tuh! Tula, curik tulang lagik hehehe. Pasal aku nk cpt + suka bebeno nengok tulisan jawi yg comel tu aku pakai send jek kat hampir sume org kat phone book nombor alternative aku, terlupa pulak nak buang nama yg dgn tak malunye mengcopyrightkan jawi msg tu :p err actually roommate aku org yg 1st bg aku msg jawi tuh, bkn ko yek dme hihi

Hmm bosan dah nih.. Tertekan².. Sesiapa nak aku dtg raya umah esok sila angkat keyboard!!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Dari jauh ku pohon maaf

Posted in I Say on October 21, 2006 by Lady K

Salam Aidilfitri..

Ampunkan segala salah & silap yg terdahulu dan juga yg akan datang (ada ati nak wat slh lagi tu hihihi)

Aku petik kata-kata iklan Nescafe di lebuhraya Plus
Ingat-ingat yg dirindu, jangan pandu laju-laju
Kenang-kenang yg dirindu, usah pandu laju-laju

Sesiapa yg berada 10km radius dari teratak ibu bapa hamba sudi-sudilah mampir ya :)
Aishah, you are most welcome.. bila-bila je, just gimme a ring k :)

Enjoy!!!!

Bahaya Minyak Angin

Posted in I Say on October 12, 2006 by Lady K

Sesuatu yg sukar dipercayai bukan? Minyak angin yg sudah sebati dgn kehidupan kita sebenarnya adalah pembunuh yg membunuh dlm senyap. Sekiranya boleh, elakkanlah guna minyak angin esp pd baby. Org Melayu je yg slalu guna minyak angin pd baby, aku rasa bangsa² lain tidak mempraktikkan penggunaan minyak angin dlm kehidupan mereka. Kalau mereka boleh, pasti kita boleh.

FYI, information ini adalah benar. Kawan aku dah telefon nombor yg tertera kat bawah ni. Ayah bdk ni bercerita pjg mengenai pengalamannya yg hampir kehilangan anak tersayang. Dia telah pusing ke seluruh dunia utk mencari maklumat mengapa minyak angin merbahaya. Dia tak menamakan mana² jenama minyak angin sebab dia tidak mahu kita boikot hanya jenama tersebut tapi kenapa? Sebab semua minyak angin mempunyai bahan asas yg sama, maka tak adillah kalau kita hanya menuding jari kepada satu pihak sahaja. Kalau tak salah, Australia telah mengeluarkan undang² yg melarang penggunaan minyak angin ke atas bayi.

 —————————————————————————————–

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.

17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah…’ada sapu apa-apa minyak di perut’ bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah.. Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas… Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah… tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya… kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih

Basri Abdullah
Warehouse Coordinator
Expeditors (Malaysia), Penang.
Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023
Email : basri.abdullah@expeditors.com

Dear all,

I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri’s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor’s children’s word.

I was informed by the experts that they found traces of “OIL” in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too… etc.

What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his “orang tua” rubbed a lot of “minyak angin” on his stomach to prevent him from “kena angin”. I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this “minyak angin” will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That’s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you.

Best Regards,
Walter Ong
Business Development Manager, Penang
Distribution Services
Expeditors (Malaysia) Sdn Bhd
TEL: 604-6329 433
DID: 604-6329 501
FAX: 604-6307 023

Jusco Voucher for Sale!

Posted in I Say on October 2, 2006 by Lady K

Hear ye.. hear ye!

Sempena nak raya ni aku bukak biznes menjual voucher Jaya Jusco.. Sesape nak beli silalah pm aku ye.. Belian minimum adalah RM10..

Cepat²! Bilangan voucher terhad! Sementara stok masih ada!