Ok-lah, I have to admit I suck at blogs. I don’t read them and I have trouble in updating mine LOL.
I always wanted to write but the “entries” always hang there in my head. Sometimes I thought of something good to write when I was about to doze off but since I’m not the writer type, I don’t write hence it never ends up in my blog. Simple, isn’t it? LOL
Again, a change of “theme”. I think I’m gonna start writing about my trips. Oh, it’s not like I never travelled before, just not-so-recently (’bout a year ago) I got myself a DSLR and I’m loving it. Ops, don’t go crazy on me and ask for tips. I’m just a noob, I don’t know until when I’m gonna call myself a noob haha!
Anyway, hopefully this won’t be a short stint
Hari ini macam hari-hari biasa cuma petang ini aku bercadang nak catch up K drama malam semalam. Lepas urusan beli gas aku selesai, aku pun duduk mengadap laptop. Aku ada 5 bahagian nak tengok, setiap bahagian 15 minit lebih kurang. Maklumlah streaming, setiap episod dikerat jadi pendek-pendek. Aku nak habiskan satu episod ni sebelum finale malam nanti.
Masa aku tengah asyik dengan bahagian 3, azan Maghrib berkumandang. Habis azan aku pun habiskan bahagian 3. Tergerak dalm hati nak Maghrib dulu baru sambung tapi aku teruskan juga bahagian 4. Memang tak patut tapi aku buat jugak isk isk.
Dah separuh bahagian, Ibah dengan telekung keluar dari bilik berjalan ke arah aku. Gaya orang habis solat. Dia cakap, “ada bunyi ‘ke-chi, ke-chi’ kat tingkap belakang. Bukan kucing kau kan?”
Aku pun bangun pergi ke arah bilik belakang. Aku fikir Ibah refer pada tingkap dapur belakang yang jadi port kucing-kucing aku memanjat. “Tak ada apa-apalah, kucing aku je ni dia suka panjat tingkap nak masuk rumah. Tutup je tingkap ni, ketapkan”, kata aku sambil tutup tingkap bilik Ibah. Aku pun tutup langsir. Aku pandang Ibah. Ibah tak percaya. Dia cakap bisik-bisik, bahasa isyarat sikit-sikit. Secara automatik tangan aku pegang langsir dan intai celah langsir. Hah kau! Aku nampak seorang lelaki di luar pagar aku! Dari berdiri dia cepat-cepat menyangkung, seolah-olah nak sembunyi diri dari aku nampak. Suasana gelap bertempiaskan lampu jalan warna oren. Dia pakai baju putih! Dah gelap, dia pun gelap. Dia masih mencangkung tapi dalam keadaan terjengah-jengah tengok aku nampak ke tak!
Aku terus toleh kat Ibah. Signal kat dia diam-diam, stay cool macam tak ada apa berlaku. Aku nak pergi panggil jiran aku. Aku nampak dia keluar tadi, harap-harap ada orang kat rumah. Aku tukar “uniform”, keluar rumah dan jengah rumah sebelah, kat tembok pemisah rumah kami. “Uncleeeee”, aku panggil separuh suara biasa, separuh bisik, khuatir pencuri tu lari. “Uncleeeeeee”, aku panggil lagi. Shirley, anjing jiran aku yang menyahut. Dia menyalak-nyalak kat aku macam orang asing. Raj, anak teruna jiran aku datang ke pintu sebab nak tengok apa yang Shirley kecoh sangat. Aku pun apa lagi, melambai panggil dia, gaya mcm senior panggil junior “mari sini kau” tapi gaya lebih terdesak. Aku cerita kat dia apa yang aku nampak. Dia kata, “tunggu situ jangan pergi mana-mana”. Aku pun tunggu. 5 minit rasa macam eternity! Mana Raj ni. Kenapa tak keluar lagi. Nak cari kayu kot. Takpelah, aku tunggu
Tiba-tiba aku ternampak orang berjalan baju putih. Ah sudahhh. Pencuri tu jalan ke depan ke? Aku berselindung di sebalik kereta tapi intai menerusi cermin. Dia makin lama makin dekat dengan rumah aku. Aku pun makin ke belakang kereta. Macam ukur kereta gitu huhu. Sekali Raj rupanya. Suspen betul! Lega aku haha. Rupanya lama tu sebab dia keluar ikut pintu belakang, tengok belakang rumah aku. Ohh bagusnyaaa!
Aku keluar pagar. Dia kata tak ada siapa. Aku rasa dia dah lari sebab ada orang datang. Uncle pun ada sekali. Raj pegang kayu, Uncle kayu hoki. Dua-dua berkaki ayam. Aku cerita lagi sekali. Dua-dua tak sangka aku nampak pencuri tu. Aku pun bawa dia pergi belakang rumah, cerita kat mana aku nampak. Tunjuk kawasan tu. Rumah hujung bolehlah nak tunjuk kawasan kejadian. Ada seorang jiran yang aku tak kenal naik motor lalu. Depa sembang dalam Tamil. Dia pun blah. Tengah tengok tu Raj ternampak orang berbaju putih lari kat lorong belakang rumah kami! Apa lagi, dia berlari mengejar tapi ikut jalan besar. Uncle pun sama. Aku masuk rumah, kunci pagar. Aku pun pergi jalan ke belakang rumah, tengok-tengok. Nampak jiran jalan tepi rumah aku. Dah tengok-tengok, aku ke depan semula. Sekali macam satu neighbourhood kumpul depan rumah. Ehe, exaggerate je. Yang bawak motor tadi skrg dah ada pembonceng, rupanya dia round juga! Depa pun sembang-sembang dalam Tamil. Raj kata budak tu lari, sayang sungguh, kalaulah dapat tangkap kan bagus, dia cakap. Aku rasa Uncle macam ada sebut “Indian boy” tapi tak pasti. Mungkin dia cakap pasal lain.
Uncle buat kesimpulan orang tu nak mengintai je. Dia tanya budak rumah bujang sederet rumah kami, depa ada tak pergi kacau rumah anak dara. Semua kata tak. Dia tanya nampak tak orang pakai baju putih lalu. Depa nampak! Kata mereka, orang tu jalan tapi lepas rumah mereka dia lari! Depa tak tau, kalau tau dah kejar dah!
Bila episod dah berakhir, aku cerita kat Ibah. Barulah Ibah buka cerita, dia sebenarnya nampak jari orang cuba selak langsir! Astagfirullahhhhh! Aku memang tak tau! Aku ingatkan sekadar cuba buka tingkap dapur belakang nun. Amboiiiii. Ni dah masuk perkarangan rumah aku ni! Melampau. Nak kena kerat jari ni! Esok kalau aku cerita kat Uncle mesti dia lagi terperanjat.
Alhamdulillah Allah banyak bantu aku. Dia beri nikmat nampak orang jahat tu dan nikmat jiran aku nampak dan cuba kejar walau tak dapat. Boleh pulak pakai baju pitih! Ya Allah, syukran! Jiran aku baik-baik semuanya. Jiran mana yang tau walaupun aku tak berapa kenal datang membantu. Shirley pulak macam tau-tau aku lain macam. Aku bersyukur sangat tak ada apa-apa bahaya yang jadi dan aku sangat bersyukur Allah guide. Ya Allah peliharalah aku dan isi rumahku. Walaupun tak elok lengahkan solat tapi aku rasa mungkin ini sebabnya aku tak cepat-cepat solat. Lagi satu nasib baik, rumput panjang! Hahaha. Apa kes? Aku rasa bunyi “ke-chi” tu geseran seluar jeans dengan rumput/lalang (Uncle nampak orang tu pakai jeans). Kalau tak, mesti lagi senyap pergerakan dia.
Kisah malam Jumaat. Kalau tengok TV semua cerita hantu, kan? Nah, ni cerita lebih hangat dari hantu, lebih bahaya! Hati-hati!
Selalunya kita nampak orang yang visually impaired (V.I) jual tisu di tepi jalan, kan? Atau berjalan dari meja ke meja jual tisu. Pastinya ramai yang kurang suka/selesa tapi tak kurang juga yang memberi derma.
Pernah terfikir org V.I boleh mengurut? Refleksologi, urut badan termasuk urut bersalin. Kenapa, tak percaya ka? Ini betul-betul bukan cobaan! Percayalah!
Opss sebelum aku teruskan, ini bukan kedai urut yang selalu kena serbu dlm Buletin Utama tu. Jangan fikir bukan-bukan ye!
Ainur blind massage therapy nama kedainya. Terletak berhampiran dengan Giant Kota Damansara. Agak senang nak ke sana kalau tahu jalan ke Giant. Aku lupa nak minta alamat tapi kalau nak ke sana call terus minta direction. Kalau tau Giant Kota Damansara and KIA kat mana, haa dkt area situlah. Haha tak membantu langsung.
Ainur ni ada juga buka “booth” di Giant utk refleksologi. Harga berpatutan. Faham-fahamlah sewa kawasan Kota Damansara ni. Walaupun macam tu, caj urutan lebih murah compare dengan tempat urut yang lain mcm Reb*rn, etc.
Saje promote kedai ni. Badan kita sihat, mereka pun dapat pendapatan yang halal. Menurut pemilik kedai yang dirinya juga V.I, ramai orang seperti mereka dianiaya oleh orang yang cukup sifat. Contohnya tidak dibayar gaji, disuruh yg tak senonoh dan macam-macam lagi. Dengan cara ini dapatlah dia bantu mereka untuk bekerja dalam environment yang selamat. Mulianya hati dia ni. Semoga usahanya dirahmati.
Ni dia gambar kedai. Aku ambil gambar mcm fokus kat kedai KIA ni pulak. Sebenarnya sengaja buat mcm ni sebab kedai ni lot atas. Kalau fokus kat banner kedai tu, nanti tak boleh bayang pula kedainya di mana. Signboard kedai belum siap, ada banner je.
Untuk kaum wanita, kalau nak urut badan, aku cadangkan telefon dulu buat appointment. Call 0102268642.
Ni dia gambar kedai
I always get this question. My answer is YES.
Some probably would not agree but I feel it is an essential step. You need water confidence so IMHO swimming is the way to get it.
I learned to swim before I got certified. No, it has nothing to do with certification. I learned because I think it’s cool haha. I think I took up swimming classes about a year or so before the Open Water Diver certification (OWC). It really helped.
You can’t beat mother nature but if you have the skill you won’t panic like crazy. Plus there are some “survival” skills that will be tested during OWC that might be hard if you don’t have water confidence.
Anyways, you wouldn’t want to be left out when other divers having fun swimming around during breaks between dives, would you? You in a dive suit swim with a life jacket on is so not cool!
If you’ve been searching for older posts, forget it. I have deleted ‘em all hahaha
If you insist, let me know which post. I’ll “resurrect” it from trash
Blog at WordPress.com. Theme: Nishita by Brajeshwar.